Get Your Own LED Scroller now!

Wednesday, September 14, 2011

:: Minggu UPSR ::

Kami warga Sk Pengkalan Nyireh mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun Enam di sekolah ini dan seluruh Malaysia..semoga adik-adik semua dapat menjawab dengan sempurna dan bersungguh-sungguh serta mendapat keputusan yang membanggakan nanti..insyaAllah..kami mendoakan yang terbaik untuk semua..5A dalam genggaman adik-adik semua...aminn

Tuesday, August 2, 2011

:: Selamat Menjalani Ibadah Puasa::

Kami mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua warga SKPN"...semoga mendapat keberkatan daripadaNya..aminn


Wednesday, July 27, 2011

::Gotong Royong Perdana::

                                       Gotong Royong Perdana

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Program diatas akan diadakan
sebagaimana berikut:

                           Tarikh : 30 Julai 2011
                           Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
                           Tempat : Kawasan dan persekitaran sekolah

Sehubungan dengan itu, semua warga SKPN diwajibkan hadir pada hari tersebut bagi menjayakan program tersebut.
Sekian, terima kasih.

::Peperiksaan Percubaan UPSR 2011::

                    PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

                     Tarikh Peperiksaan : 24/07/2011 - 26/07/2011
                     Waktu : Mengikut jadual yang ditetapkan

Tahniah dan syabas kepada semua murid tahun Enam SK Pengkalan Nyireh kerana berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan sempurna pada 24 Julai 2011 hingga 26 Julai 2011 walaupun tarikh ini telah diawalkan dari perancangan sebenar. Semoga keputusan yang diperolehi murid-murid dapat membetulkan atau mempersiapkan diri mereka kepada peperiksaan yang sebenar. Kelemahan atau kekurangan yang diperoleh mereka adalah sebagai suntikan semangat untuk mereka lebih menumpukan perhatian pada peperiksaan akan datang dan mencari kelemahan yang ada untuk diperbaiki lagi,manakala bagi murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang adalah sesuatu yang membanggakan dan tahniah kepada mereka, kekalkanlah ia sehingga ke peperiksaan sebenar dan sentiasa bersyukur dengan keputusan yang diperolehi.

"5A dalam tangan semua".......



Tuesday, May 31, 2011

::KARNIVAL PEKAN KEBUDAYAAN INOVATIF PERINGKAT DAERAH BESUT 2011::


Pekan Budaya daerah Besut dan Festival Pantai Bukit Keluang

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan Pekan Budaya daerah Besut dan Festival Pantai Bukit Keluang akan diadakan pada 27 Mei hingga 04 Jun 2011 bertempat di Pantai Bukit Keluang, Besut.

2.         Sehubungan dengan itu, tuan dan semua warga pendidikan dijemput ke gerai PPD Besut. Bersama ini dilampirkan tentatif program gerai Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

"Melestarikan Pendidikan Terbilang"
Pertandingan Bintang Kecil ( MALAM

Sunday, May 29, 2011

::Kelas maya e-Book::


Kelas maya - e-Book
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2011/03/20

ROHAYA  menunjukkan cara  menggunakan e-Book kepada murid Tahun Empat SK Paya Bunga.
ROHAYA menunjukkan cara menggunakan e-Book kepada murid Tahun Empat SK Paya Bunga.
Terengganu pengubah landskap pendidikan 

TERENGGANU terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan. Sesudah menjadi peneraju dalam penggunaan komputer riba mini atau e-Book menggantikan buku teks dan pelaburan besar bidang pendidikan diterjemahkan dengan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan awam saban tahun, usaha merintis kemajuan pendidikan tidak terhenti di situ. Kini, Terengganu menjadi pelopor pelaksanaan kelas maya, iaitu kesinambungan daripada penggunaan e-Book.
Biarpun langkah merealisasikan pembelajaran kelas maya membabitkan kos tinggi, ia bukan halangan bagi kerajaan negeri membuat pelaburan besar kerana pembangunan pendidikan adalah antara agenda penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang akhirnya disasarkan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM30,000 bagi mewujudkan setiap kelas maya bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar tetapi secara tidak langsung memberikan suntikan tambahan dalam aspirasi untuk memahirkan mereka dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT). 

Malah, apa yang membanggakan, model kelas maya yang dibangunkan anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Sdn Bhd (TOP IT), dikatakan jauh lebih baik daripada kaedah digunakan di negara luar, termasuk Korea Selatan dan Singapura yang diketahui lebih jauh ke depan dalam bidang ICT. 

Untuk permulaan, tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Kuala Terengganu; SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu dan SK Teluk Kalong, Kemaman dipilih untuk melaksanakan modul pembelajaran kelas maya. 

Bagaimanapun, SK Paya Bunga adalah sekolah pertama di negeri ini memperkenalkan teknik pembelajaran interaktif itu, manakala dua lagi sekolah terbabit akan memulakan pembelajaran kelas maya dalam masa terdekat. 
Walaupun baru diperkenalkan lebih sebulan lalu, manfaat dan keberkesanan kelas maya sudah terzahir. Ini diakui Guru Besar SK Paya Bunga, Rohaya Ibrahim, bahawa konsep pembelajaran kelas maya yang interaktif dengan menggunakan aplikasi integrasi e-Book dan ‘smart board’ berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran, malah yang paling membanggakan ialah dari sudut kehadiran murid ke sekolah. 

“Masalah dihadapi SK Paya Bunga ialah isu kehadiran murid. Jika dulu, murid sangat susah untuk hadir kelas, kini senario itu berubah sama sekali. Peratus kehadiran yang sebelum ini sekitar 68 peratus, kini melonjak 100 peratus. Lebih membanggakan, sebelum ini guru tidak bersemangat membuat kelas malam kerana tiada murid akan hadir, tetapi sekarang ada murid yang sehingga tidak mahu pulang dengan kehadiran dicatatkan pula 100 peratus. 

“Dalam tempoh singkat pelaksanaan kelas maya di sekolah ini, kita sudah dapat melihat peningkatan ketara dalam pencapaian murid yang kita nilai menerusi peperiksaan dalaman yang diadakan. Malah, guru juga mengakui murid lebih berminat belajar kerana corak pembelajaran yang interaktif serta menyeronokkan menggunakan e-Book dan smart board,” katanya. 

Kelas maya tingkat prestasi pelajar 

“Keberkesanan pembelajaran kelas maya dalam meningkatkan prestasi murid memang tidak dapat dinafikan kerana ia memudahkan guru memantau prestasi pembelajaran murid, malah jika murid berdepan masalah dalam sesuatu subjek, guru dan murid boleh membuat semakan secara mudah melalui buku teks yang dimuatkan dalam e-Book,” jelas Rohaya. 

Dalam keadaan yang mana seseorang guru mengenal pasti murid terbabit yang lemah atau tidak menguasai subjek diajar pada tahun sebelumnya, mereka tidak perlu lagi bersusah payah mencari buku teks lama kerana semuanya terkandung dalam e-Book yang dilengkapi buku teks Tahun Empat, Lima dan Enam. 

Pembelajaran kelas maya terbukti menyuntik unsur positif dalam diri murid yang semakin berminat serta memberi tumpuan mendalam terhadap pelajaran, serta membentuk disiplin dan kendiri yang baik, jauh berbeza dengan landskap pembelajaran dalam kelas tradisional sebelum ini. 

Kes 1 

“SEBELUM pelaksanaan kelas maya, A seorang murid yang sangat malas dan tidak minat untuk belajar. Dalam seminggu, boleh dikatakan hanya sehari A datang ke sekolah sehingga guru terpaksa menjemput dia di rumah. Sikap bersungguh-sungguh guru yang tidak mahu A ponteng sekolah menyebabkan ibu bapanya tidak suka pada guru. Ibu bapanya mencari pendapatan dengan menjaja dan dia membesar di tepi jalan mungkin memberi kesan terhadap disiplin dirinya. Tetapi, selepas mengikuti pembelajaran kelas maya, A berubah 100 peratus kepada seorang murid yang rajin datang ke sekolah, malah mencatat kehadiran penuh kini. Kini, daripada seorang murid yang tidak pernah lulus dalam ujian dan peperiksaan, A sudah pun menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan apabila mencatatkan keputusan lulus dalam beberapa mata pelajaran.” 

Kes 2 

B sering gagal dalam ujian dan peperiksaan, malah dalam setiap mata pelajaran, B tidak pernah mencapai tahap lulus minimum sekalipun. B juga tidak pernah menyiapkan kerja sekolahnya, malah tidak memiliki pensil dan tidak membawa buku, sekali gus menunjukkan B tidak minat bersekolah. B juga sangat tidak berdisiplin dan tidak menjaga kebersihan diri sehingga guru terpaksa menyediakan berus gigi di sekolah. Namun, selepas mengikuti kelas maya, B lebih dekat dan mesra dengan guru dan lebih bersemangat untuk belajar. Malah, B pernah menghantar e-mel kepada Guru Besarnya, Rohaya Ibrahim dan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh mendapat 5A. B yang sebelum ini tidak pernah lulus, walaupun satu mata pelajaran, kini menunjukkan peningkatan apabila lulus dua mata pelajaran penting, iaitu Sains dan Matematik selepas mengikut kelas maya”. 

Monday, May 23, 2011

::LAWATAN MURID KE KARNIVAL BUKU TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2011::


 LAWATAN MURID KE KARNIVAL BUKU TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT  NEGERI 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan  Persatuan Kedai Buku Melayu Terengganu (PERKEB) akan menganjurkan  Karnival Buku Terengganu  2011 Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2011 sebagaimana butiran berikut :

Tarikh       :  25 hingga 30 Mei 2011
Tempat     :  Galeri A, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
                                            Jalan Hiliran, Kuala Terengganu
Masa        : 9.30 pagi hingga 10.00 malam

3.            Tujuan Penganjuran  Karnival Buku Terengganu  2011 Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2011  ini adalah  untuk memajukan industri buku, memperkasa minat membaca dalam kalangan  murid dan masyarakat serta merealisasikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Di samping itu, karnival buku ini  akan memberi peluang dan  kesempatan kepada murid-murid dan orang ramai memperoleh  dan membeli buku–buku baru untuk koleksi peribadi dan perpustakaan.

4.            Sehubungan dengan itu, bagi memberi impak berkualiti tinggi, pihak  sekolah diminta mengatur lawatan guru dan murid ke pesta tersebut. Pembelian boleh dilakukan melalui pembelian tunai dan juga pesanan kerajaan (LO).

5.            Bersama-sama ini dilampirkan poster karnival buku berkenaan. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan  karnival buku tersebut amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sunday, May 22, 2011

::Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri 2011::

Perayaan Hari Guru Peringkat negeri akan diadakan di Dewan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.....

::Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI2) Sekolah Rendah 2011::

Assalamualaikum,

Makluman kepada semua ibubapa dan penjaga, peperiksaan pertengahan tahun (OTI 2)

akan diadakan sebagaimana berikut:

TARIKH : 22/5/2011 - 26/5/2011 (Ahad - Khamis)
MASA : MENGIKUT JADUAL DIBERIMATAPELAJARAN : SEMUA SUBJEK

Adalah diharapkan ibubapa dan penjaga murid SK Pengkalan Nyireh dapat memastikan
anak tuan/puan membuat ulangkaji bagi memastikan mereka mendapat keputusan
terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 9, 2011

::Selamat Datang ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh::

SK Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu.  Tel:09-6956058
gmail:skpn.ppdbesut@gmail.com / blog : skpengkalannyireh.blogspot.com

Blog ini ditubuhkan bagi menyatukan warga SKPN dalam menuju kecemerlangan pendidikan di negeri Terengganu serta memudahkan semua pihak mengetahui aktiviti-aktiviti di sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh terletak di daerah Besut dimana tempatnya adalah di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu.



::Lawatan YB MB ke SK Paya Bunga::

::Virtual Kelas di SK Paya Bunga::