Get Your Own LED Scroller now!

Pengenalan

SEJARAH SK PENGKALAN NYIREH



Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh dibuka pada hari Sabtu 15 Mac 1949 di bawah taraf Sekolah Rakyat di tapak yang ada sekarang. Bangunan pertama berukuran 60 kaki panjang dan lebarnya 22 1/2 kaki beratapkan daun nipah dan dinding setinggi 3 kaki berlantaikan tanah yang berdebu.
Tenaga pengajar yang pertama ialah En. Hassan bin Haji Ibrahim dari Kampung Raja, Besut bertaraf Guru Rakyat. Jumlah murid yang belajar ialah seramai 40 orang. Mereka belajar adri pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Matapelajaran yang diajar ialah mengira, menulis jawi dan rumi.
Sekolah ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Sultan Zainal Abidin - Sultan Terengganu pada bulan Jun 1949 - pukul 2.30 petang.

PENGASAS SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN NYIREH


En. Lembek bin Bima ialah pengasas Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh, Beliau dilahirkan pada tahun 1908 dan meninggal dunia pada tahun 1968. Beliau ialah Ketua Kampung Pengkalan Nyireh yang berusaha bersungguh-sungguh berbincang dengan Pegawai daerah dan Guru Kumpulan Besut ( Jawatan Pegawai Pendidikan Daerah - sekarang ) untuk membuka sebuah sekolah di Kampung Pengkalan Nyireh.
Beliau juga telah mendapat sokongan daripada penduduk kampung di persekitaran iaitu Kampung Seberang Kastam dan Kampung Air Tawar. Beliau berusaha bertungkus lumus menghabiskan wang ringgit untuk berulang alik berbincang dengan Jabatan Pelajaran dan Pejabat Daerah sehingga dibuka sebuah bangunan sementara yang dinamakan SEKOLAH MELAYU PENGKALAN NYIREH.

::Lawatan YB MB ke SK Paya Bunga::

::Virtual Kelas di SK Paya Bunga::