LAWATAN MURID KE KARNIVAL BUKU TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Persatuan Kedai Buku Melayu Terengganu (PERKEB) akan menganjurkan
Karnival Buku Terengganu 2011
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2011 sebagaimana butiran berikut :
Tarikh
: 25 hingga 30 Mei 2011
Tempat : Galeri A, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Jalan Hiliran, Kuala Terengganu
Masa
: 9.30 pagi hingga
10.00 malam
3. Tujuan
Penganjuran Karnival Buku
Terengganu 2011 Sempena Sambutan Hari
Guru Peringkat Negeri 2011 ini
adalah untuk memajukan industri buku,
memperkasa minat membaca dalam kalangan murid dan
masyarakat serta merealisasikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Di samping itu, karnival buku ini
akan memberi peluang dan
kesempatan kepada murid-murid dan orang ramai memperoleh dan
membeli buku–buku baru untuk koleksi peribadi dan perpustakaan.
4. Sehubungan dengan
itu, bagi memberi impak berkualiti tinggi, pihak sekolah diminta mengatur lawatan guru dan murid ke pesta tersebut. Pembelian boleh dilakukan
melalui pembelian tunai dan juga pesanan kerajaan (LO).
5. Bersama-sama ini
dilampirkan poster karnival buku berkenaan. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan karnival buku tersebut amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.